Make your own free website on Tripod.com

PELBAGAI

Pemulaan pendakwaan

57. Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

58. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan sedemikian.

Perlindungan pegawai

59. Tiada tindakan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap

(a) mana-mana anggota Lembaga Rayuan;

(b) mana-mana anggota Lembaga;

(c) mana-mana pegawai diberi kuasa; dan

(d) mana-mana Pemeriksa,

bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan tugas mereka dan penjalanan kuasa mereka di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan

60. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat bagi

(a) mengawal selia tatacara sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka dan penentuan persoalan yang berkaitan dengan permohonan, pendaftaran dan pemberian itu, dan yang berkaitan dengan perlanjutan pendaftaran dan pemberian itu, dan pembatalan, penyerahan, penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka;

(b) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi mengutip dan menguruskan fi itu;

(c) menetapkan borang, buku, daftar, dokumen dan perkara lain yang hendaklah digunakan di bawah Akta ini dan maklumat yang hendaklah dikemukakan bagi apa-apa maksud Akta ini;

(d) menetapkan saiz tanah bagi maksud takrif seseorang "petani kecil"; dan

(e) mengadakan peruntukan secara umumnya bagi apa-apa perkara lain bagi pelaksanaan yang sepatutnya dan berkesan Akta ini.

Back to top |Pemulaan pendakwaan | Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan |
Perlindungan pegawai |Peraturan-peraturan