Make your own free website on Tripod.com

PENGUATKUASAAN

Pemberian kuasa kepada pegawai

53. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai Kementerian untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini.

(2) Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa penguatkuasaan

54. (1) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan segala kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

 

(2) Tiap-tiap pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polls, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh pegawai diberi kuasa itu atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.

Kuasa penyiasatan

55. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Kuasa tambahan

56. Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a) memasuki, memeriksa dan meneliti dengan atau tanpa notis mana-mana premis atau ladang pada bila-bila masa yang munasabah berhubung dengan apa-apa kesalahan yang disyaki secara munasabah telah dilakukan di bawah Akta ini;

(b) menghendaki pengemukaan apa-apa rekod, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen yang disimpan oleh pemegang dan memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya;

(c) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

(d) membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Back to top | Pemberian kuasa kepada pegawai |Kuasa penguatkuasaan |
Kuasa penyiasatan |Kuasa tambahan