Make your own free website on Tripod.com

PELANGGARAN

Perbuatan yang disifatkan sebagai pelanggaran

47. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pelanggaran sesuatu hak pembiak baka hendaklah terdiri daripada pelaksanaan apa-apa perbuatan yang disebut dalam seksyen 30 di Malaysia oleh seseorang selain pemegang tanpa kebenaran pemegang berhubung dengan varieti tumbuhan berdaftar yang baginya suatu hak pembiak baka telah diberikan kepada pemegang.

Prosiding pelanggaran

48. (1) Pemegang hendaklah mempunyai hak untuk memulakan presiding mahkamah terhadap mana-mana orang yang telah melanggar atau sedang melanggar haknya.

(2) Pemegang hendaklah mempunyai hak yang sama terhadap mana-mana orang yang melaksanakan perbuatan yang mungkin menyebabkan pelanggaran berlaku, yang dalam Bahagian ini disebut sebagai suatu "pelanggaran mungkin berlaku".

(3) Presiding dalam subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dimulakan selepas lima tahun dari tarikh perbuatan pelanggaran itu diketahui atau mungkin secara munasabah diketahui oleh pemegang.

Injunksi dan award ganti rugi

49. (1) Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan atau sedang dilakukan, mahkamah boleh mengawardkan ganti rugi dan boleh memberikan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran yang selanjutnya dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.

(2) Jika pemegang membuktikan bahawa suatu pelanggaran yang mungkin berlaku, mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang pelanggaran itu dan mengawardkan apa-apa remedi undang-undang yang lain.

Back to top |Perbuatan yang disifatkan sebagai pelanggaran |Prosiding pelanggaran |
Injunksi dan award ganti rugi