Make your own free website on Tripod.com

KESALAHAN

Kesalahan berkenaan dengan memberikan apa-apa butir, dsb., yang palsu atau mengelirukan

50. Mana-mana orang yang memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada Lembaga apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan berkenaan dengan pelanggaran terma dan syarat dan penggunaan sampel tanpa kebenaran

51. Mana-mana orang yang —

(a) melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atasnya sebagai seorang pemegang atau sebagai seorang pemegang lesen; atau

(b) tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Lembaga, menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan apa-apa sampel suatu varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di mana-mana pusat di bawah seksyen 27,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

 

52. Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan pertubuhan perbadanan itu —

(a) boleh dipertuduh dan dibicarakan bersesama dalam presiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Back to top |Kesalahan berkenaan yang palsu atau mengelirukan |Kesalahan berkenaan dengan pelanggaran terma dan syarat dan penggunaan sampel tanpa kebenaran |
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan