Make your own free website on Tripod.com

LEMBAGA VARIETI TUMBUHAN

Penubuhan Lembaga

3. Suatu lembaga dengan nama "Lembaga Varieti Tumbuhan" ditubuhkan.

Fungsi dan kuasa Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga ialah —

(a) melaksanakan tugas dan fungsi dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini;

(b) menetapkan sistem yang sesuai bagi pemeriksaan varieti baru tumbuhan;

(c) mempertimbangkan dan meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka;

(d) mengenakan fi atau caj pentadbiran yang kena dibayar di bawah Akta ini;

 

(e) menetapkan terma dan syarat mengenai sampel varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di pusat yang diluluskan oleh Lembaga di bawah seksyen 27;

(f) mengenakan apa-apa terma dan syarat bagi penggunaan penyelidikan dan uji kaji atau eksport mana-mana varieti tumbuhan berdaftar yang dihasilkan daripada sumber genetik tempatan atau oleh pribumi;

(g) menyimpan dan menyenggara suatu rekod varieti tumbuhan yang lain yang tidak didaftarkan dalam Daftar Varieti Baru Tumbuhan;

(h) mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang Varieti Tumbuhan;

(i) melantik mana-mana orang,jabatan kerajaan atau organisasi menjadi Pemeriksa bagi maksud menjalankan pemeriksaan substantif di bawah seksyen 21;

(j) membatalkan, menyerahkan, menyerahhakkan atau memindahkan apa-apa hak pembiak baka yang diberikan di bawah Akta ini;

(k) menasihatkan Menteri tentang segala perkara yang berkaitan dengan Akta ini; dan

(I) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut bagi membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1) atau yang semunasabahnya bersampingan dengan pelaksanaan fungsi itu.

Keanggotaan Lembaga

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia;

(c) Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia;

(d) Ketua Pengarah Lembaga Kelapa Sawit Malaysia;

(e) Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia;

(f) Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia;

(g) Pengarah Pertanian, Sabah;

(h) Pengarah Pertanian, Sarawak;

(i) seorang wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;

(j) seorang wakil daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;

(k) seorang wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; dan

(1) seorang wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

(2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia, untuk menjadi Setiausaha kepada Lembaga.

Anggota silih ganti

6. (1) Menteri boleh melantik seorang anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota Lembaga di bawah perenggan 5(l)faj hingga (h) untuk menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti anggota itu jika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.

Mesyuarat Lembaga

7. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga.

 

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu, dan anggota yang dipilih itu hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi bagi tempoh mesyuarat itu dan hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.

(3) Korum Lembaga ialah enam orang.

(4) Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5) Lembaga hendaklah bermesyuarat di tempat dan pada yang ditetapkan oleh Pengerusi.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

8. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tiada hak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Peruntukan kemudahan oleh Kementerian

9. Kementerian hendaklah memperuntukkan Lembaga dengan kakitangan, dana dan kemudahan lain yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.

Kumpulan Wang Varieti Tumbuhan

10. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai "Kumpulan Wang Varieti Tumbuhan" yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga adalah ditubuhkan.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) jumlah yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri bagi maksud Akta ini; dan

(b) wang, fi dan caj lain yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta.

 

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

11. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Back to top | Penubuhan Lembaga | Fungsi dan kuasa Lembaga | Keanggotaan Lembaga
Anggota silih ganti | Mesyuarat Lembaga | Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat |
Peruntukan kemudahan oleh Kementerian | Kumpulan Wang Varieti Tumbuhan